Jumlah Paparan Halaman

Rabu, April 20, 2011

BALIK KAMPUNG YEAAAA.....

 Baru saja tiba di Kuala Kangsar,tanah kelahiran Mie Mambo.tengahari jam 11.30 pg. Makan-makan di warung dekat Talang...Kasih sempat menjeling ke kamera...Ida Sri menjamu juadah lunch yang enak.
 Kasih dan Aishah (adik Mie Mambo) sibuk bebenar membaca majalah Gila-Gila.Kasih sekarang asyik mahu belajar sahaja setiap hari. Banyak perkataan baru sudah dapat disebut. Semakin membesar...
 Kasih seronok menunggang itik sambil diperhati oleh Ida Sri. Gambar ini di hadapan bangunan The Store, Kuala Kangsar.
 Kasih dan sepupunya Alif...seronok mandi-manda di Sungai Terap, Kampung Kati,Kuala kangsar.
Syoknye makan dergoryan (durian) Aishah dan Kak Ramlah tak sedar gambar dipukul ketika enak melayan durian.


Nota:

mie mambo sekeluarga pulang ke kuala kangsar,perak..tanah kelahirannya baru-baru ini.lama dah tak balik .bila balik banyak juga bertemu saudara mara dan kawan-kawan di kampung.5 hari yg penuh warna-warni. tension pun dapat rilis.maklum sajalah penat memerah otak mencari idea untuk karya buku-buku terbaru. kugiran nuras juga semakin hari semakin ada progress yang baik.begitu juga dengan ilustrasi dan karya-karya lain. memang agak penat tetapi menyeronokkan. masih ingat lagi mie mambo online broadband dgn laptopnya ditebing sungai perak malam hari. hahahahah...sejuk saja suasana angin desa.

Tiada ulasan: