Jumlah Paparan Halaman

Isnin, Mac 14, 2011

KARIKATUR LAGI!!! DI STREET MARKET THE CURVE,DAMANSARA. 12.3-13.3.2011

CATITAN DUA HARI DI THE CURVE,DAMANSARA 

Hari Khamis Oly call saya "Bro..ada tapak kat street market,the curve, Damansara...aku tak boleh ..kau free ke?"
Saya jawab-"Aku free 2 hari tu...."
Memandangkan keletihan yg amat setelah berjaya menyiapkan novel grafik baru berjudul "PENDEKAR MAMBO", saya ambil peluang ke The Curve. Apa yg lucu adalaha saya boleh tersesat dan menyebabkan Wilson,si organizer dan saya tak putus-putus berbalas call selama 2 jam. siap break dan makan tengahari. Entah mengapa sesat pula di Damansara. Ceritanya saya salah masuk lorong. Lama juga tak ke sini. terakhir ke sini dalam tahun 2009. Mungkin saya kurang keluar kebelakangan ini. Tak apalah saya say..sorry to wilson banyak-banyak kali dan pada Oly juga. Dua hari berjalan lancar segala aktiviti. Pada hari pertama Noy...menemani saya. Beliau juga bersama saya melakar karikatur pada pengunjung. Tak bergerak banyak Noy kerana kakinya patah dlm kemalangan jalanraya baru-baru ni. 
Hari terakhir saya sendirian. pagi-pagi dah ada kevin dan Jacqueline sudah bersiap berniaga wax hand mereka. Anda pernah jumpa mereka di KLCC juga. Di sini saya agak kurang selesa bab nak makan. Saya tak jumpa restoran makanan tempatan yg boleh saya telan ikut selera tekak saya. Ok..semua restoran makanan barat. Mujur isteri saya membekalkan saya nasi berlauk sambal belacan dan kari daging. Sedap betul dapat makan walaupun agak lewat. Di sini meriah juga. Fathullah Luqman datang menjenguk dan kami merokok berdua di satu sudut..berbincang soal publishing.Katanya mahu bertemu saya pada hari Selasa. Nak datang rumah. Saya juga bertemu fan NURAS dan muzik Punk rock, En.Zawawi. Mujur ada bawak CD dan buku saya Tapir di Kuala Lumpur (trilogi)..beliau membeli ketiga buku dan CD, juga minta wajahnya dilakar dalam bentuk karikatur.Antara costumer yg meriah adalah Pn. Anne dari Kelang yg ramah, Bertemu pula Hafiz kawan lama semasa di UiTM Shah Alam dahulu. Sudah 10 tahun tak bersua. beliau sempat mendapatkan Tapir di Kuala Lumpur senaskah. Thanxx kerana sudi menjenguk Mie Mambo yang katanya, sudah macam di pam-pam badannya.

Ada juga beberapa peluang yang saya kumpul di sini. Ketika post ini ditulis, seorang klien call mahu bikin karikatur di KLCC. Ok...dan siapa lagi kalau bukan Fathul juga call...mahu bikin temujanji..bertemu di rumah saya pada hari Selasa. Esok saya juga bertemu Anshari (budak takraw/lukisan hati).Hari ini sibuk menjenguk mama saya di rumah Wie Loco dan petangnya kami ke studio Audiomass melihat progress remixing/remastering EP NURAS yg bakal keluar tak lama lagi. Digabung bersama 3 lagu lama dari EP lama yg menjadikannya 8 tracks. So album penuh NURAS akan menjengah pasaran dengan pakej terbaru.Malam pula bertemu Rohaizal untuk finalize Mira Miracle dan D.I.N Paranormal yang akan terbit Mac ini. Ok setakat ini sahaja.Akan bersua lagi dalam acara yang lain serta produk-produk baru.

Tiada ulasan: