Jumlah Paparan Halaman

Rabu, April 21, 2010

Anak itu Anugerah Allah.KAmi bersyukur dengan kurniaan yang tak ternilai dariNYA



Di Kompleks Kraftangan KL, saya dan isteri luangkan masa yang entah kali ke berapa. Maklumlah kawan-kawan kami banyak di sini terutama di Artist's Colony. Kasih Ramadhan kami bawa sekali. Bergambar sejuk di pancuran klam. Ada ikan-ikan koi menemani kami. Masih terasa seperti 10 tahun dahulu ketika saya ke sini. Tetapi rakan-rakan lama banyak juga dah mengorak langkah ke lain. Ada juga diam tanpa sebarang berita dan ada juga sudah mencebur ke bidang lain. Inilah suka-duka dunia seni yang kami berdua kongsi dengan orang baru.Saya seperti isteri kata, saya tidak mengalah. Apa-apapun saya tetap berkarya. Sukar saya mahu membuang jauh minat dan karier yang sudah jadi darah daging ini.

Kasih Ramadhan menaikkan lagi semangat kami suami isteri dalam melayari kehidupan sebagai karyawan. Ini inspirasi kami berdua. Syukur pada Allah kerana berkat dan kurniaanNYA.

Tiada ulasan: