Jumlah Paparan Halaman

Ahad, Mac 07, 2010

kenangan yang indah....

Diteratak saya, Pangsapuri Gombak Fasa 2.satu hari saya didatangi oleh seorang aktivis yang memang saya pandang tinggi, Keats Markandu. Beliau interview saya pada hari tersebut.Baca interview saya di www.keatsthesunshinegirl.blogspot.com. Macam tak sedar saya sudah bergelar bapa dan usia yang sudah menjangkau 30 tahun. Keats selongkar kisah saya dengan retetan sejarah hidup yang hmmm...saya bersandar dikerusi dan memetik gitar akustik kesayangan saya.



temuramah radio yang pertama. Gambar ini dirakam semasa usia saya baru 11 tahun iaitu pada 1991. Kelihatan Mie Hassan (pelukis/illustrator) yang pernah mewarnai Pasar Budaya beberapa tahun lalu. Mie Hassan kini bermastautin di Langkawi dan berkarya di sana. Siapa follower majalah Fantasi terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd, Mie Hassan tak asing bagi mereka. Dino (bertopi merah) juga seorang pelukis potret yang terkenal sekitar 1990-1n. Dino kini masih berkarya, sayangnya saya tidak lagi melihat kelibat beliau di Pasar Budaya. Ke mana ya Dini? Lama tak berjumpa. Saya pula (berbaju biru) agak 'blur' dan gugup ketika ditemuramah oleh Dj Kamal Hassan. masa tu Radio 3 Ibukota popular. Macam-macam cerita dari penglibatan saya sebagai pelukis. Masa tu sayalah pelukis termuda di Pasar Budaya. Hingga kini saya masih aktif berkarya dan rasanya tak mahu lagi terjun ke lapangan lain. Saya dan isteri, Ida Sri menubuhkan syarikat kami berdua 'RIVERKIDS STUDIO' berpusat di kediaman kami. Tiba masanya bidang seni lukis dan seni reka menjadi lapangan usahawan yang serius dalam hidup kami berdua.

Beberapa karya NOVEL GRAFIK bersama Ameen Kreatif. rujuk www.ameenbooks.com.my. karya ini akan dicetak semula dan akan memasuki pasaran Indonesia. Alhamdulillah, rezeki anak...

Tiada ulasan: