Jumlah Paparan Halaman

Ahad, Oktober 25, 2009

DARI NUR AZMI @MIE MAMBO DAN IDA SRI..





Dalam diam tak diam kita semua tidak sedar betapa masa begitu pantas berlalu. Seperti kami berdua yang rasanya bagai baru sahaja berkahwin. Tup!tup! dah satu tahun dan dikurniakan pula cahaya mata. Begitulah usia yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Namun kepada pengkarya di luar sana, jadikanlah kerjaya seni ini sebagai kerjaya anda yang akan anda bawa ke mana sahaja. jangan berputus asa jika tidak berjaya buat kali pertama atau kedua. masih banyak waktu dan jalan yang boleh difikirkan. Ingat "ORANG BERJAYA CARI JALAN, ORANG GAGAL CARI ALASAN". Minta maaf banyak-banyak kerana kebelakangan ini agak lembap kami up-date blog ini. kesibukan menghambat dalam dunia kota raya serba laju. InsyaAllah bertemu untuk setiap kali tour dan perlancaran produk-produk baru kami nanti.

Tiada ulasan: