Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, Ogos 19, 2006

Perhatian kepada semua pengunjung weblog saya!!

Untuk pengetahuan anda semua (pengunjung weblog nurazmiworld),cerita-cerita berkenaan novel grafik,komik dan segala macam mak nenek berkenaan produk-produk Nur Azmi serta cerita-ceritinya berkenaan dunia komik boleh dilayari on www.nurazmicomics.blogspot.com

saya nak melalut boleh??

tok su dan tok su Li.hanya ini sahaja datuk dan nenek saya sebelah bapa yang ada. bergambar bersama dua painting yang ditempah."support cucu..'kata Tok su Li. tok su Lipun ada datang masa pelancaran "mambo di Kuale!!".ini masa tahun lepas,rambut saya masih panjang lagi tu.

Lawatan Nur Azmi ke Rumah Amal Selangor (a.k.a rumah Amal Cheshire) pada 8 Ogos 2006.
Ada masa luangkan masa melawat. Samada keluarga,saudara mara atau sahabat handai.Tak terlepas warga emas dan warga istimewa. Lawatan yang singkat tetapi penuh makna.terima kasih Keats Markandu yang memandu saya ke Rumah Amal tersebut. Seronok nanti kita jenguk lagi.

antara karya saya pada tahun 2004.siri "mandi-manda" ala kita kecik-kecik dulukan selalu mandi boleng!!

Dino a.k.a Khairuddin Mustaffa.
Inilah sifu saya yang terpenting. Dino pelukis jalanan yang sangat terkenal di Pasar Budaya dan KL lewat 80-an dan awal 90-an.saya dating ke Pasar Budaya bersama nenek saya, Sum bt.Ismail dan mak saudara saya, Umi Khadijah.di sini saya ketemu Dino dan Shamsudin Mohammad. Bermulanya karier seni dan hingga kini saya bertemu Dino.gambarterbaru Dino di Pasar Budaya. Terima kasih sifu!!

keluarga tercinta

eh..eh..siapa ni..kalau tak silap ini (.....) adakah gadis ini salah seorang ahli keluarga Nur azmi atau (bakal ahli keluarga Nur azmi??)

Asmawi Mokhtar adik saya yang turut sama bermain musik.gambar ini dirakam semasa kami sama-sama selalu jamming di kampung. studio garage belakang rumah aje. untuk cerita lanjut berkenaan dunia musik kami berdua sila log on www.royalstoneriver.blogspot.com

Saya takkan berada di sini jika tidak mereka. Ucapan terima kasih dan sayang kepada keluarga yang tercinta. Pada Babah Mohd Mokhtar@Mohter abd.kadir, Mama Zaleha Kasah, nenda Sum bt.Ismail dan adik-adik tercinta: Asmawi Mohter,Azlina Mohter,Aishah Mohter, Nur Asikin Mohter, Azlan Mohter dan Nur Afiqah Mohter.

Jumaat, Ogos 18, 2006

Sibuk dan sibuk!!


Bila kita sudah masuk ke dalam industri,antara perkara yang hendak tak hendak kita tempuh adalah sibuk.Kerjaya karyawan seperti saya adakalanya seronok dan tak lupa juga duka-laranya. Tetapi semua itu ada hikmah dan banyak benda yang kita perolehi. Apa-apapun sabar,tekun dan berusaha itu tangga kejayaan. Nur Azmi begitu sibuk kebelakangan ini di samping menyiapkan novel-novel grafik terbarunya,perancangan untuk pameran solo,membikin painting baru bagi menampung stok yang semakin kurang dan bertapa di jamming studio bersama adiknya, Asmawi Mokhtar.Pelbagai dugaan dan banyak juga perkara yang tidak di sangka berlaku. Jemputan untuk ceramah,forum juga makin banyak. Pada 20 hb Ogos ni, Nur Azmi akan berada di Mid valley bersama Nambai dan Rosli Jamal untuk slot "sembang-sembang bersama penulis melayu".novel grafik terbaru juga semakin bertambah. Tidak disangka idea yang mencurah-curah.Asmawi adiknya Nur Azmi sudah kembali ke KL.kini menetap bersama Nur Azmi di Wangsa Maju.Asmawi kembali ke posisi gitar utama di dalam Stoneriver.Namun perkara yang tak dapat dielak pula berlaku.Dua anggota lama Stoneriver tidak dapat meneruskan komitmen mereka atas sebab-sebab yang pelbagai.sedih juga tetapi ex-Stoneriver still keep in touch dengan Stoneriver.Stoneriver akan terus bermain musik dan akan mengejar cita-cita kami.

Khamis, Ogos 10, 2006



Sastera

Novel grafik Nur Azmi menghiburkan
Oleh ANI AWANG

PENULISAN novel grafik bukan satu perkara mudah. Ini kerana seseorang penulis itu perlu menulis rangka cerita terlebih dahulu sebelum melukis grafik dan dialog dalam novel tersebut.

Penulis dan pelukis muda Nur Azmi Mokhtar, 26, telah membuktikan kebolehannya dalam menghasilkan novel grafik pertamanya, Mambo di Kuale.

Menurutnya, dia mengambil masa dua bulan untuk merangka cerita dan menulis serta melukis novel tersebut.
“Idea menulis novel ini muncul sejak tiga tahun lalu.
“Oleh kerana pada masa itu saya sibuk dengan pelbagai pameran lukisan saya terpaksa tangguhkan penulisan novel ini.

“Saya mahukan novel ini menjadi bahan bacaan yang berguna kepada generasi muda kerana novel ini sesuai dan santai,” kata Nur Azmi kepada Mega di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Katanya, Mambo Di Kuale adalah cerita mengenai watak seorang pemuda iaitu Putra Haji Hassan yang sudah tiga tahun tinggal di Kuala Lumpur.

Putra menghadapi pelbagai konflik jiwa dengan teman wanitanya Shima, bapa dan rakan-rakannya.

Putra akhirnya pulang ke kampung di Kuala Kangsar, Perak.

Kepulangannya ke kampung telah merapatkan kembali hubungannya dengan bapanya dan Putra jatuh cinta dengan Mahani yang menjadi tunang orang.
Putra kemudian kembali ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan kekasihnya Shima yang masih setia kepadanya.

Jelas Nur Azmi, tidak ramai penulis dan pelukis yang boleh menerbitkan novel grafik di negara ini berbanding dengan penulis novel grafik di Barat.

Beliau berkata, novel ini merupakan novel grafik kedua di Malaysia selepas novel grafik Mat Som yang ditulis oleh kartunis Datuk Lat (Mohd. Nor Khalid) kira-kira 15 tahun lalu.

“Menulis novel grafik sama seperti menulis novel biasa tetapi ia memaparkan dialog dan grafik. Saya percaya sambutan terhadap novel grafik menggalakkan kerana trend remaja sekarang yang mahukan bahan bacaan yang menghiburkan dan bermutu di pasaran,’’ tambah Nur Azmi yang juga meminati muzik.

Beliau merupakan pelukis catan dengan gaya post naive. Nur Azmi pernah mengadakan pameran lukisan berkumpulan Art Through The Heart di Kuala Lumpur pada 2005.
Karya-karya Nur Azmi seperti kartun pernah diterbitkan oleh beberapa majalah humor tempatan.
Beliau berharap karyanya kali ini diterima oleh generasi muda kerana ia boleh menjadi panduan kepada mereka dalam menempuh kehidupan.
tulisan ini dipetik dari laman web rasmi Utusan Malaysia-www.utusan.com.my

Nur azmi bercerita tentang lagenda kartun Malaysia.

Luahan Nur Azmi dan tribute kepada dua karyawan kertas besar Malaysia, Rejabhad dan Rasyid Asmawi. Mereka telah pergi dan tak akan kembali. kepada karyawan muda, inilah individu-individu yang perlu kita sanjung. jangan lupa tempat kita berdiri hari ini. jika mereka tidak memulainya..siapalah kartunis?? cerita lanjut di www.nurazmicomics.blogspot.com

Rabu, Ogos 02, 2006

Selamat datang ke dunya baru saya!!

Kepada para pengunjung dihormati. Anda boleh membuat sebarang rujukan untuk setiap post dengan melayari links yang disediakan. saya telah menyediakan variasi links:
1) Nur Azmi's minisites
mini blog untuk details mengenai komik dan novel grafik dari Nur Azmi.
2) My favourite comic links
di sini disenaraikan situs serta weblogs berkaitan komik,animasi,kartun dan grafik
3) My favourite music links
meminati musik di sini anda boleh link ke situs dan weblogs berkaita musik.dan rujukan perkaitan musik dan diri saya.
4) My favourite links
Untuk rujukan tambahan. situs dan weblogs yang disenaraikan meliputi pelbagai bahan serta genre.dari berkaitan news,dictonary,general,religious sehingga kepada web pals. sesetengah situs agak provokatif terutama berkait religious dan idealism. saya meletakkan links tersebut sebagai panduan dan rujukan am pengetahuan saya berkait dunia,manusia,budaya dan warisan setiap bangsa atau etnik. enjoy the knowledge!! web yang agak mengganggu seperti web berkait peristiwa dunia yang kadangkala bizzare. please take note!! those websites or blogs may contains bizzares,violances,provocatives,nudity scenes.it's for minor audiances to viewing.