Jumlah Paparan Halaman

Ahad, Mac 30, 2008

NUR AZMI DI PESTA BUKU 2008,PWTC!!

Sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008, nur Azmi akan memeriahkan lagi dengan kemunculannya di gerai khas artis di bahagian lobby PWTC. bukan itu sahaja beliau juga akan terlibat demo komik, lukisan komik terpanjang dan juga sebagai tetamu khas dalam ruangan mengenali kartunis dan karyawan. dapatkan juga pada kadar harga istimewa dari Nur Azmi untuk novel grafik, karikatur,merchendise,limited printed artworks,paintings dan juga buku-buku lainnya dari Nur Azmi.
pameran profil illustrator juga akan melihat kemunculan Nur Azmi dalam lukisan ilustrasi kanak-kanak yang dibawakan khas dalam pameran terbesar tahun ini, Jumpa di sana!!!
~ Persatuan Penggiat KOMIK Malaysia ~
Skip to content
AJK PeKOMIK
Berkaitan PeKOMIK
Galeri
Hubungi PeKOMIK
Komik
Komik online
PeKOMIK mini Convention
Thursday, March 27, 2008
date: 5,6,12 & 13 April 2008
Time:5th April (10am-8pm)
6,12,13 April (2pm -8pm)Venue: Kedah Johor Hall, PWTC MAIN Lobby, GF, PWTCSabtu, 5 April 2008 10.00 am- 1.00pm Demotrasi Melukis KartunRuang Aktiviti TR2(dlm dewan pesta buku)
10.30 am – 1.00pm ( Ryang Lobi PWTC )Pelancaran Pameran Illustrasi Kanak-Kanak Malaysia.Press Release PeKOMIK miniKONBelangsukawa PANAH ARJUNAPameran Illustrasi Kanak-Kanak/Komik Malaysia(10 Hari, sepanjang pesta buku)
Lukisan Komik Terpanjang Malaysia (Kain Rentang)(10 Hari, sepanjang pesta buku)- semua di jemput untuk melukis.Pelukis komik(pekomik) dan kartunis akan melukis di kain rentang sepanjang Pesta buku
PeKOMIK miniKON Covention DAY01 (Dewan Kedah Johor, GF, Lobi PWTC)2.00 pm – 8.00pmPanel Forum Pekomik:- MDEC Digital comic Pitch 2008.- Concept Artist:- Saladdin team, Syarul, - Game Brains.- Komik Malaysia PTS- Komikoo- G3 (Karangkraf)- indie zine: huyoo, Avant Garde, Crest dll.
PeKOMIK Market: Ruang belakang bilik Kedah Johor2.00 pm – 8.00pm- pekomik members and participant promoting their doujinshi, comics, zine, merchandise etc
8.00 pm BERSURAI
PeKOMIK miniKON Covention DAY02 – (Dewan Kedah Johor, GF, Lobi PWTC)6 April 2008, Ahad2pm-8pmPanel Forum Pekomikon:- Bersama Animatrix- Powder ( Komik factory)- Creative Enterprise.- comic fiesta 2008- Umbra- KLP or Mantera works-Pipit- Preview: Komik Palestine 3K- Digital Malaya
PeKOMIK Market: Ruang belakang bilik Kedah Johor2.00 pm – 8.00pm- pekomik members and participant promoting their doujinshi, comics, zine, merchandise etc
8.00 pm BERSURAI
PeKOMIK miniKON Covention DAY03 – (Dewan Kedah Johor, GF, Lobi PWTC)12 April 2008, Sabtu10am-1pmBengkel Hak Cipta. (Pn Nisah Haron)
3pm-5pm -Di Ruang TR2 (dalam pesta buku)Pelancaran Buku Hak Cipta Pn. Nisah Haron (Al-Ameen)
2pm-8pmPeKOMIK miniKON Covention DAY03 – (Dewan Kedah Johor)Panel Forum Pekomik:- Bersama Art Square ( Gempak, Starz, Utopia)- tabularasa- Siri Komik Al –Ameen ( Nur Azmi, Umbut etc)- Mars & Uranus- Dead Fish- Pekartun- Gilamon- Pergh- Sifoo
PeKOMIK Market: Ruang belakang bilik Kedah Johor2.00 pm – 8.00pm- pekomik members and participant promoting their doujinshi, comics, zine, merchandise etc
8.00 pm BERSURAI
PeKOMIK miniKON Covention DAY04– (Dewan Kedah Johor, GF, Lobi PWTC)13 April 2008, Ahad
11am-2pmPersidangan Kebangsaan Illustrator 2008 danPelancaran PeKOMIK
3pm-8pmPeKOMIK miniKON Covention DAY04 –PeKOMIK Reunioun- kesemua penggiat komik dari dulu sehingga kini membincangkan komik mereka, dulu dan terkini.- Komik dulu:Raja Hamzah, Klutuk Selamat, Nordin, Duyung,- Komik 70an 80an:Media seni, Salina,Bayan, Fantasi, Gila-Gila- Komik 90an: Ujang, Gempak, Apo, Rileks- Komik kini:- Melukis Komik Antarabangsa
PeKOMIK Market: Ruang belakang bilik Kedah Johor11.00 am – 8.00pm- pekomik members and participant promoting their doujinshi, comics, zine, merchandise etc

Ahad, Februari 03, 2008

MASKARA 06




















MASKARA 06,RUMAH PENA

NURAS menghangatkan malam MASKARA dengan lagu-lagu layan dari mereka sebanyak 6 lagu. Lagu-lagu tersebut adalah:'
1) Nadai
2) Manis
3) Aku Bukan Bohjan(lagu nakal yang bikin semua hadirin menjerit)
4) 1 Minit (yang hanya 1 minit shj duration nya)
5) Adik mahu jadi gergasi
6) Selamat petang gadisku
























NURAS yang syok habis pasal demo versi re-packed diorang laris terjual. Banyak sungguh yang menyokong NURAS. Mat jan membeli demo setelah mendengar lagu 'AKU BUKAN BOHJAN'. lagu nakal tersebut bakal dirakam dalam tahun ini dan bakal dimuatkan dalam single terbaru NURAS nanti. tunggulah ..tak lama lagi.Semua NURAsite yang menyokong dan enjoy ngan NURAS. Makasih. tak sesia Asmawi sanggup turun dari Kuala Kangsar semata-mata untuk meraikan MASKARA 06.DEMO berjudul "SONGS FROM THE RIVER BANKS" akan di re-print. Alhamdulillah...Thanx a lot to SINDIKET SOL-JAH. Paling mengharukan tepukan gemuruh dari penonton. Nur Azmi fyper sedikit hingga menendang kerusi.peluh memercik dan tambah hype apabila lagu "AKU BUKAN BOHJAN" didendangkan. menjerit semua hadirin. Ada yang ketawa tak kering gusi. Dan penonton juga dikejutkan dengan 2 lagu pantas yang tahap keretapi express iaitu, "1 minit" dan "selamat petang gadisku". Hanya 2 minit sahaj duration untuk 2 lagu tersebut.Tok Rimau jugak sangat menarik penampilannya sebagai hos. Alif dan Ismail paling kelakar dengan show magik penuh gimik. Dean pula stand-up comedy yang bersahaja. kelakar. Mat Jan aha..kontroversi dan radikal. tapi best..Tabik Mat Jan.

Selasa, Januari 29, 2008

Mari Menyerikan Dunia Art anda.





































inilah Abby..cantek kan??






Sebentar tadi Abby bertandang ke rumah saya yang tinggal bersendirian. Abby datang bersama sahabat dalam dunia kartun bernama 'Topek'.Asal Perak jugak. malam ni kitorang sembang panjang gak. MAklumlah orang kampung,jumpa orang kampung. lama tak jumpa jugak dengan Abby. wah makin bergaya ala-ala 'vouge' gitu.
Paling tak dilupa Abby beli painting saya yang menampilkan subjek 'tapir'. beli hanya lukis atas 'board' aje. Dan demo NURAs versi RE-PACKED juga disambar satu. Abby kata dia minta musik. NURAS jadi halwa telinganya sekarang.
Abby yang asalnya dari Batu Gajah,Perak,seorang pelukis lady yang memang natural abis gaya 'naive' nya. pelukis yang berpusat di Bukit Antarabangsa,Kl ni sesangat la minat dan menyintai children seantero dunya. Abby dengan gaya 'naive' dalam karya paintingnya menyifatkan karyanya ke arah 'abstrak-naive'. simbol-simbol mewakili setiap karya paintingnya. Ada juga kelihatan agak 'dull' dan tidak mature. tetapi itulah seni 'naive'. abby antara yang indie dalam kerja-kerjanya sebagai pelukis sepenuh masa. bukan sahaja melukis, malahan mengajar dan macam-macam lagi. Maklumat lanjut layari http://www.karyagemilang07.blogspot.com/

Ahad, Januari 27, 2008

NURAS dengan Produksi LAtest Diorang!!



















Demo (repacked version)
tajuk: SONGS FROM THE RIVER BANKS
artis: NURAS
Penerbit: NUR AZMI & ASMAWI
Penerbit bersama: CIN
Studio rakaman: DHABOOKA STUDIO
Tahun rakaman: 2007
Adunan semula: 2008
Komposer: ASMAWI & NUR AZMI
Harga: RM6
konsep:FOLK/ALTERNATIVE



NURAS yang semakin menempa nama dalam scene muzik Indie di MAlaysia kini dah rilis dengan demo versi repacked mereka. Demo yang diberi tajuk 'SONGS FROM THE RIVER BANKS' merupakan lagu-lagu demo yang telah di RE-MIXING oleh NUR AZMI sendiri. NURAS juga akan muncul di layar tv tidak lama lagi melalui drama bersiri yang tajuknya dirahsiakan buat masa ni. Dengar cerita drama tu karya NUR AZMI jugak.NURAS akan berada sepenuhnya di bawah naungan NuARTS MUSIC kepunyaan NUR AZMI sendiri jugak. Kerjasama dalam memasarkan material NURAS akan melibatkan ABONATION PRODUCTIONS.Album kompilasi dari NURAS juga akan menyusul di mana menggabungkan kumpulan music/artis d.i.y KL/MAlaysia dalam sebuah kompilasi berjudul RAW is RARE. Antara yang bakal terlibat adalah Street Horn Syndicates,The Abonation,Dewangga Sakti, Sleepless Society dan ramai lagi. Nantikan kemunculannya.
layari www.myspace.com/nurasite

NURAS beraksi di Rumah Pena, 2.Februari 2008!!


Ya. Band post-punk (paduan punk rock/pop/folk dan sedikit ska) dari Kuala Lumpur akan mewarnai malam MASKARA 6 di Rumah pena, Kuala Lumpur. Semua informasi boleh dirujuk pada gambarajah yang disediakan. 2 Februari 2008, debut NURAS dengan anggota baru mereka. NURAS masih lagi dinaungi Nur Azmi(vokal/gitar), Asmawi (vokal/gitar) dengan anggota baru Nurie (gitar) dan Redwan (drums). Semua yang mengenali Nurie pasti mengingati era komik indie, "UMBRA" dan karya-karyanya bersama PTS. Kini Nurie menganggotai NURAS sebagai gitaris tetap. Demo pertama NURAS versi repacked turut dijual. dengan harga best 'RM6'. Produk limited ini merupakan pre-production yang bakal menjadi E.P penuh dibawah naungan NuARTS MUSIC milik Nur Azmi sendiri dan diedar oleh ABONATION PRODUCTIONS. Dengar cerita Nur Azmi sudah berjinak-jinak pula dengan lapangan Produksi seperti drama tv dan dokumentari.






















(poster MASKARA 6)
* Sila Klik gambar untuk saiz besar.
*ehsan sindiket sol-jah.blogspot.com
untuk ke Rumah Pena,sila rujuk peta di atas.
makluman lanjut www.sindiketsol-jah.blogspot.com

Isnin, Disember 31, 2007

PERHATIAN!!!!

Nuras yang sekarang ini semakin aktif dalam sikut musik tempatan ingin mencari bassist yang boleh bermain dan menjadi anggota tetap Nuras. Nuras kini dalam suasana praktisnya untuk E.P pertama yang akan menemui peminat musik pop/punk/folk dan alternatif tempatan. Basist wanita diperlukan !!
kreteria:
-Wanita
-Boleh bermain bass dengan baik
-boleh menyanyi dan sebagai vokal latar/harmoni
-berusia 18 tahun hingga 28 tahun
-Berpenampilan menarik
Ayuh kepada kaum hawa yang ingin menjadi rock star seperti Candy, Widy gerhana Skacinta, keeta Kluk-Kluk adventure dan Mawar berduri ahli Fikir. Segera menelefon Nuras di talian 017-3601689 (Nur Azmi). Seisi ujibakat akan diadakan.

Ahad, Disember 23, 2007

Lagu hebat jadi inspirasi Nuras



Soul Asylum dengan lagu evergreennya 'runaway train' antara inspirasi Nur Azmi dalam menulis lagu. Nuras kini dalam pembikinan EP pertama yang agak rumit juga untuk menghasilkannya. antaranya masalah kewangan yang terhad. Kini Nuras dalam perjalanan terangnya untuk EP pertama mereka. Debut Nuras dengan perisa baru dan segar Februari 2008 nantikan.

Gurindam Jiwa Jadi inspirasi Insan berkasih Sayang

Lagu gurindam jiwa ini benar-benar mengingatkan saya kepada insan yang saya kasihi. Dan saya berharap perhubungan antara kami akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin seterusnya menjadi cinta agung hingga ke anak cucu. Tahniah buat Asmawi Mohter dan Isterinya Yana kerana selamat diijabkabulkan pada 14 hb. Disember 2007 di Sungai Siput, Perak. Asmawi Mohter seperti diketahui ramai merupakan anggota asal band Nuras akan beraksi semula bermula februari 2008 bersama Nuras. beliau akan bergabung tenaga bersama Nurie sebagai gitaris. redwan masih di posisi drum manakala Jani masih setia sebagai part-time member of Nuras.

Doakan juga perhubungan saya (Nur Azmi) bersama kekasih saya Ida Sri akan berkekalan. Lagu gurindam Jiwa jadi santapan. mudahan romantisnya hubungan kami sehingga ke anak cucu.


Ahad, Oktober 28, 2007

Ungkitan kisah Nur Azmi !!















Amacam? kurus dan slim tak saya masa ni? Tahun 2005 semasa saya melawat ke Muzium Arkeologi Kota Tampan Perak. Masa ni saya hanya menjadi kartunis part-time dengan Gila-Gila dan menulis secara bebas dengan tunas Cipta dan majalah Dewan bahasa dan Pustaka. Saya sebenarnya lebih dikenali dalam arena Seni catan. sememangnya pada masa ini saya menyara kehidupan serba sederhana saya dengan jualan catan saya yang sentiasa ada permintaan!!















Guru penulisan puisi saya, Dr. Siti Zainon Ismail saya memanggilnya dengan panggilan bonda dan hingga kini masih mesra( gambar ini dirakam pada tahun 2004). Amacam kurus tak saya? Saya memang dikenali dengan banyak berguru dengan pelbagai tokoh. dari kecil lagi sejak di Pasar budaya, Kuala Lumpur berguru dengan Dino @ Khairuddin Mustapha, Shamsudin mohammad, Aris Aziz dan Azmi Hassan. Kemudian bertemu pula Rejabhad. Saya kemudiannya dalam tahun-tahun membesar bertemu dan berguru pula dengan Yusof 'Gajah', guru yang paling banyak berjasa dan dihormati. Siti Zainon dan Hj. Yusof Ahmad seorang pereka kraf tempurung terkenal di Malaysia. Guru seni saya yang terawal adalah bapa saya sendiri, Mohd Mokhtar a.k.a Mohd Mohter Abdul Kadir. Bapa saya yang saya panggil 'babah' merupakan seorang pelukis berbakat juga mengarang puisi sebagai hobi. beliau banyak mengajar saya cara-cara melukis. ibu saya Zaleha Kasah juga seorang yang berbakat melukis. ibu saya yang saya panggil 'mama' juga pernah menulis cerpen dan puisi untuk majalah dan suratkhabar pada tahun 70-an.




















Dua karya yang berjudul 'Sleepy Day' tahun 2005




Lagi Karya Terbaru Dari Nur Azmi!!


Selepas menggempur dunia penerbitan komik negara dengan 'Mambo di Kuale!!', "Kasih dan Awang:Hikayat Mencari Cinta"' dan siri 'Mambo' nya, Nur Azmi tak serik-serik lagi dengan menerbitkan karya terbarunya yang kini berada di pasaran kering lokal. Masih setia bersama Ameen Kreatif dalam penerbitan terbarunya. nur Azmi akan menjelajah Kampus-kampus dan seluruh negara dengan program road tour nya yang bermula pada 2008 nanti. Nantikan juga kemunculan bandnya nuras yang sudah beberapa bulan dalam pertapaan dengan material terbaru serta visi yang baru. Mambo!!

Dua cover yang dipaparkan adalah sambungan dari karya siri 'Mambo' yang berjudul 'Hilang'. Kini dengan dua lagi sambungannya iaitu buku keduanya, ' Pertemuan' dan buku ketiganya, '5 fantastik' kini berada di pasaran!!

*untuk langganan serta pesanan melalui internet sila melawati laman web Ameenbooks.com.my


Rabu, Oktober 03, 2007

NUR AZMI DI DALAM GEMPAK !!

*atas imej dari cover majalah QUILL keluaran MPH. Imej Nur Azmi bersama beberapa penulis dan selebriti penerbitan Malaysia.


NUR AZMI BARU-BARU INI DITEMURAMAH DENGAN PENUH KERAMAHAN DARI EDITOR MAJALAH KOMIK-INFO TERKENAL TANAHAIR,GEMPAK http://www.gempakstarz.com/ . ANDA BOLEH MENYEMAKNYA DI DALAM KELUARAN GEMPAK TERBARU IAITU ISU 15 OKTOBER 2007.KINI DI PASARAN. BUKAN SEKADAR TEMURAMAH BIASA SAHAJA, MALAH NAMA SYARIKAT BARU NUR AZMI, NuARTS SERVICES UGA ADA DIPAPARKAN. INI MERUPAKAN PUBLISITI PERTAMA UNTUK NuARTS SERVICES .THANX A LOT AYOUR DAN GENG GEMPAK.JUGA KEPADA SINDIKET SOL-JAH KERANA MENJAYAKAN TEMURAMAH INI YANG BERLANGSUNG DI RUMAH PENA,K.L. http://www.sol-jah.blogspot.com/

Rabu, September 26, 2007

NuArts services: Tempoh lama yang agak berbaloi.

NuArts Services sebuah syarikat baru yang mengendalikan pelbagai aktiviti dan perniagaan berkaitan seni kini dengan rasmi tertubuh. tarikh penubuhan pada 13 hb. 9.07 diawal Ramadhan tahun ini benar-benar menjadi kenangan. NuArts Services dikendalikan oleh dua orang tokeynya Nur Azmi dan khairul Azuwan Ishak. Segala bentuk promosi, pameran dan jualan memenuhi semua skop perniagaan NuArts Services.

Antara Skop bisness NuArts Services:
1) Promosi
2) Publishing
3) Art consultant
4) Creative Event Management
5) Design & merchandizing
6) Art Exhibition
7) Stage Performances
8) Music and Sounds Productions

Segala macam pertanyaan dan apa-apa perbincangan sila hubungi NuArts Services di talian 017-3601689
atau e-mail Namakunur@yahoo.com

Isnin, September 17, 2007

MASKARA 4 dan PELANCARAN "KASIH DAN AWANG" di RUMAH PENA.

Bertempat di rumah pena yang dulunya popular habis. Sekarang ini rumah pena masih dikenali tetapi dihidupkan nafasnya oleh kelompok yang menggelarkan diri mereka Sindiket-Soljah. Diketuai oleh Sinaga,vovin dan beberapa karyawan alternatif dalam pelbagai skop. Rumah Pena kini bernyawa baru. Kehadiran penulis, seniman dan karyawan generasi baru di MASKARA. Nur Azmi berasa sungguh bertuah kerana diberi ruang untuk beraksi di sana walaupun band post-punk/rock alternatifnya Nuras tidak dapat beraksi tetapi celoteh dan lawak kejamnya beraksi ligat.


Nur Azmi memperkenalkan Novel Grafik terbarunya, bukan hanya 'kasih dan Awang' tetapi tiga sekaligus karyanya termasuk 'Mambo di Kuale!!' yang banyak mengundang kontroversi pada tahun 2006.

El maniq-sahabat dan subahat rapat dalam dunia penulisan.Beliau dengan penuh kekacauan jiwa menyampaikan sajak yang penuh sinikal dan satire pada malam itu. El Maniqq ada terlibat dalam kompilasi/antologi penulisan blog iaitu buku 'Jiwa Kacau'.

MAt Jan,antara penulis blog yang saya minati sedang kusyuk membaca naskah puisi hebatnya. Mat Jan memang best!!

Pyan Habib...baca puisi tak hengat pada malam tu..semangatnya datang semacam. gembira kerana melihat respon para penulis dan penggiat sastera generasi baru menganjurkan sesuatu seperti MASKARA ini. Tahniah SIndiket-Soljah..teruskan!!

Isnin, September 03, 2007

Perlancaran 'Kasih dan awang' di Rumah Pena




Selepas Kejayaan 'Mambo di Kuale!!'.....Kini.....

**klik gambar untuk saiz besar


Tarikh: 8 September 2007
Masa: 830 malam
Tempat: Rumah Pena

Pengacara yang cun: Amyz

Pembaca yang tampan:

- Fakhrul Anour (novelis Gempak Starz)
- Nizam Zakaria (novelis dan pengarah drama tivi)
- Kumpulan Narayuda (lelaki metroseksual yang teksual)
- Hafiz 'Jelir' (Penyair yang mempunyai lidah)
- Zaifulnizam 'Attokz' Wagiran (SPB Pena)
- Pelancaran novel grafik Kasih dan Awang oleh Nur Azmi Mokhtar

Pembaca yang sederhana sahaja tampan (tapi kecantikan hak milik semua mahkluk):
- Mat Jan

BONUS:
- Open mic
- Makan dan minum dan berkenalan dengan gadis nampak pusat.
- Jualan buku dan zine
- Berkenalan dengan Sharpi Sang Kucing (Sharpi The Cat).

Sila datang ya.

more informations- www.sol-jah.blogspot.com

Khamis, Ogos 09, 2007

Kuabadikan kenangan indah ini...






Masih ada lagi suasana indah seperi di desa. di tengah bandaraya metropolitan ini saya bersua dengan senario yang paling menggembirakan saya. bau air paya yang menyentuh kenangan sepertimana hidup saya di desa suatu masa lalu.di pinggir Kuala lumpur, kampung puah bahagia, sentul benar-benar menggamit perasaan saya. tetapi senario ini hanya bertahan dalam tempoh yang tidak pasti lagi. tidak lama selepas ini semua rumah yang indah tersergam di kampung ini dan juga paya ini akan hilang. hilag kerana pembangunan. penduduk di sini juga sudah bersedia untuk berpindah tempat tinggal dan separuh daripadanya sudahpun berpindah. Landasan komuter ktm masih dalam pembinaan yang menghubungkan ipoh hingga ke seremban.



kenangan bersama abang ein yang kelakar dan peramah. baik hati sungguh abang ein yang semasa berkunjung ke gerai laksanya beberapa hari lalu di taman dato' senu, sentul. sudahlah diberikan saya makan laksa talangnya semangkuk bersama tunang saya ida sri, bila saya membeli dua bungkus laksanya, di beri lagi diskaun. Nak makan laksa talang abang ein, boleh lah berkunjung ke taman dato' senu, sentul. setiap selasa malam rabu. best....

kenangan Bersama Sirrfillsirr


the greatest memory in Nuras journey as a band. Mie Nuras and Asmawi Mohter (original Nuras) experienced the fine concert that was sharing the stage with two groups. the groups are the Abonation who played world/fusion/traditional music and SirrFillSirr, the group who played ambient blended with world music grooves. SirrfillSirr,the group from Lion City, Singapore was perform a good acoutic skills with some extra flavour of electro feels during the concert. The second and opening act, the Abonation shows the audiens, 'What they called the music-World/fusion'. and the next guest star during the concert was Nuras. Nuras comprising two brothers as the main line-up appeared with clasics folk rock stlye. there is no noise sounds the band appeared a long the durations. only folkie guitar and rusty tunes. Nuras heat the auditorium space with their single called,'Nadai'that provokes the world to end any wars.The song telling about the worst and negative impacts when the world becoming the battlefield.It's a humanity contact between Nuras and the audients.

More about Nuras- www.myspace.com/nurasite
more aout The abonation- www.myspace.com/theabonation
more about sirrfillSirr- www.myspace/com/sirrfillsirr

Isnin, Ogos 06, 2007

'Siri mambo: Hilang' - dulu filem hitam putih,kini filem warna




'Kehidupan seorang aku di tengah-tengah kepesatan hidup yang bermacam rupa. Aku - Putera Hj Hassan, mencari tapak sebenar apa erti sesuatu perjalanan ke arah ketenangan. Cinta yang membuai? Harta yang terhidang? Kuasa yang bertapak? Aku melihat sendiri penarikan dan penolakan manusia-manusia yang tergambarkan hanya pada zahirnya saja. Apa-apa pun…aku nak hidup.'


Sedikit petikan dari karya terbaru yang kini dalam proses percetakan. Setelah lama berhempas pulas,terguling gelentang,korbankan tiket perlancongan peribadi,dating yang terlalu jarang dan macam-macam lagi,kini Alhamdulillah..itulah sahaja kata-kata yang tersembul dari bibir saya. siri mambo yang akan menemui peminat dalam lima jilid kini keluar dahulu dengan siri pertamanya. Ogos ini penyaksian segala penghuni Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia akan kelahiran sambungan dari novel grafik asal-'Mambo di Kuale!!' (2006). Saya menyiapkan kesemua siri dalam tempoh masa selama 10 bulan. hampir setahun berperah otak dan semuanya selamat siap seperti yang dirancang. Mengikut post-mortem yang dibuat, peminat 'mambo di Kuale!!' majoritinya menanti sambungan karya tersebut. Peminat juga demanding untuk karya dalam bentuk warna. Saya dan penerbit Ameen kreatif bersetuju. demi peminat komik/kartun dan novel grafik tanah air. Saya penuhi ruang lompong industri komik Malaysia dengan karya yang cuba menjadi sepenuh lokal.

Kartunis Don pernah menyatakan kepada saya bahawa saya peneroka alam kartun/komik baru yang setia dengan elemen tempatan. kenyataannya itu seperti memberi harapan juga kepada semua penggiat seni komik/kartun di negara ini agar mengekalkan jati diri tempatan. Buktinya kartunis Lat yang jauh kembaranya ke seluruh dunia hanya dengan isu masyarakat malaysia, basikal tua,sungai,budak kampung tidak berbaju dan mandi bogel. Saya juga percaya bahawa jati diri tempatan adalah yang terbaik. Ia juga kekuatan seorang karyawan tersebut walaupun ia tidak se-teknikal karya komik/kartun dari jepun dan Amerika Syarikat.

Jumaat, Ogos 03, 2007

Anda Boleh Study tentang Nur Azmi


Nur Azmi a.k.a Nurazmi Mokhtar pernah menjadi bahan kajian untuk tesis oleh beberapa pelajar Universiti tempatan. Antaranya adalah pelajar-pelajar jurusan seni halus dari USM,Pulau Pinang dan pelajar-pelajar seni lukis UPSI,Tanjung Malim. Nur Azmi pernah mendapat kritikan positif dari Artwanted.com, sebuah galleri Internet dari Amerika Syarikat. Nur Azmi juga dapat dicari melalui Wikipedia.com (bahasa melayu), sebuah Ensyklopedia bebas antarabangsa.

Banyak benar yang tertunda dari gejolak degar dada muda
seradak kelodak dari lopak-lopak memoir kita
tertawa dalam iring masa lupa pada janji dan usul
di sini kita mula berenang,berlari,berjalan sopan,laju,pincang,terpelocok,terjatuh dek lumut rumpai
batu-batu sungai yang setia menanti pada satu tempoh yang tak pasti
kita tidur,bangun,makan,mandi,miring langkah ke kali
rasai dingin terusan alam,iramanya,melodi indah tak bersudah..
desaku...
takkan kubuang jauh lagi selagi nyawa dikandung tubuh..kan tetap tersenyum,menanti kepulangan lahiranmu yang lama hilang..
kukecup tangan tua ayahnda..
kucium pipi tua bonda...
dalam riak tawa..
aku menangis mengenang TUHAN.
Nur Azmi,2007
Akan menemui peminat komik dan humor tanahair, entiti "Siri Mambo: Hilang" akan berada di pasaran serba kering Ogos ini. Tarikh percetakannya akan bermula pada 6 Ogos ini di mana akan menemui semua penggila karya komik seluruh negara setiap bulan (bermula Ogos 2007).Karya terbaru Karyawan muda versatil, Nur Azmi ini merupakan sinambungan dari Mahakarya asalnya " Mambo di Kuale!!" yang telah mencipta sejarahnya tersendiri. Bagi semua yang pernah memiliki, membaca, menghadam karya asal tersebut, ini merupakan jawapan kepada teka-teki tersebut. Lebih menjanjikan warna-warni,humor,sinikal,provokatif,epik dan karektoristik yang pelbagai. satu lagi usaha serba berani dari Nur Azmi dalam memartabatkan karya komik berwajah tempatan. Buku-buku 'siri mambo' akan diterbitkan dalam lima jilid dengan episod berbeza iaitu:
1) Buku 1: Hilang
2) Buku 2: Pertemuan
3) Buku 3: Lima fantastik
4) Buku 4: Puisi Cinta dari Virginia
5) Buku 5: Anugerah
Formatkali ini dengan ekstra warna-warni dengan nilai harga RM12.90. Grafik artist, Rohaizal danNuriman Manap. masih Azzam Supardi sebagai editor.Ekstra- Karya catan naif dan lakaran 'Raw' Nur Azmi yang tidak pernah diterbitkan sebelum ini. dalam karya ini Nur Azmi menggabungkan bakat beliau dari seni lukis, ilustrasi,catan,skecthes,penulisan dan puisi.