Jumlah Paparan Halaman

Rabu, November 16, 2011

Hari Raya Edul Adha, Tugasan Musleh dan Bengkel Seni lukis di BSVN

 SERONOKNYA ANAK-ANAK INI..FOTO DIRAKAM KETIKA BENGKEL SENI LUKIS KANAK-KANAK BERSAMA MIE MAMBO DAN FATHULLAH LUQMAN turut membantu Man dewangga dan Anak bumi. Bersama mereka pada setiap Sabtu dan Ahad jam 11pg-1tgh / 2 ptg-4 ptg
 ANAK-ANAK tekun melukis sambil diperhatikan para pengunjung Balai Seni visual Negara (BSVN) pada 13.11.2011 jam 11pg-1 tgh.
 Fatullah Luqman dan Man dewangga memerhati anak-anak yang asyik melakar. 
 Persembahan Nuras pada 29.10.2011 di Funky Villa, e@ curve, Damansara. Wie Loco berjenuh datang dari Kuala kangsar, Perak. Sekarang Nuras bergerak secara sederhana  tetapi berterusan. Wie Loco sudah menetap di Sungai Siput,Perak dan menjalani kehidupan bahagia bersama isteri serta dua anaknya. Sham Fly pula bakal melangsungkan pertunangannya. Saiful Meatball, juga sudah terasa aura-aura pernikahannya. Kami tetap bersama dalam Nuras. terus berjuang hingga berjaya.
 Kasih Ramadhan ketika di dalam kereta ayahnya. Gambar ini dirakam Ida Sri semasa perjalanan pulang ke Kampung halaman Mie Mambo-Kuala Kangsar,Perak sempena Edul Adha.
 Semasa persembahan di Funky Villa, Nicholas seorang rakan karib begitu supportive. Hype terasa apabila beliau sama-sama menyumbang suara dalam trek terakhir persembahan berjudul 'Muthu The Legendary'
 Mie Mambo mendukung anaknya Kasih Ramadhan ke medan selera persisir Sungai Perak, Kuala Kangsar. Lama tak menjengah restoran Hailam. Dulu kedai makan nya kedai papan, sekarang dah moden.
 Ida Sri dan Kasih Ramadhan berlatar belakangkan Jambatan Raja Muda Nazrin di Kuala Kangsar.

 Bengkel Seni Lukis BSVN...akan berlangsung dari November 2011 hingga Januari 2012.


 Sunhanallah...gambar-gambar di Tasik Raban, Lenggong Perak. Gambar semasa umat Islam sedang meraikan Edul Adha yang lalu.
 Ibu Pejabat Al Ameen Serve Holdings Sdn Bhd di Setapak Jaya. Tugasan kerja Musleh ketika berlangsung. Dalam foto dari kiri-Mie Mambo,Samaneh,Iman Amri,Azhar Saad dan Cd Hamdan. Masih lagi berlangsung tugasannya ketika post ini ditulis. 

Mie Mambo dan Ida Sri tetap menghasilkan karya catan dan kraf masing-masing. Karya-karya catan dihasilkan serta dihimpun untuk pameran seni akan datang. Semuanya di dalam perancangan. insyaAllah...