habis show....rehat kat booth.....Ein datang bawa cek..hahahaha....gambar ini dirakam ketika Ein masih lagi berada di dalam Dewan Hamid Tuah. Puan Ida Sri dan Kasih pun ada. Rangga dari Massacre By Fall ada juga hadir. lihat dalam gambar ni nun dihujung beliau sedang duduk sendirian sebelum join sembang-sembang petang bersama kami.
Mambo,Wie loco,Puan Ida Sri serta Kasih terus sahaja ke Pulau Indah petang itu.Nyaman juga suasana petang di sini.
Petang hari di jeti Pulau Indah...namyak sungguh orang memancing...banyak nya dapat ikan duri dan belanak.Ada Uncle sedang menjala disini ..katanya menjala umpan untuk buat memancing sedang asyik menjala kami dikejutkan dengan kehadiran ular laut yang amat berbisa. Uncle terus kata "Bahaya woooo..." Mujur kehadirannya disedari.
Wie Loco menegur Uncle "Apa dapat?" uncle jawab dengan ramah " Anak ikan belanak yang banyak maaa..."
Subhanallah...indahnya langit petang di Pulau Indah
Kenangan bersama. Wie Loco mengambil gambar famili Mambo yang masih kecil saiz nya. insyaAllah ada rezeki tambah anak lagi.hahahah....Ini kenangan di Pulau Indah setelah habis show NURAS bersama beberapa band-band bebas anjuran Drugs Free Youth Malaysia pada 16 hb 7 2011 yang lalu. Semoga bertemu lagi di Telok Gong dan gig-gig anjuran Drugs Free Youth yang lain. InsyaAllah.