Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, Disember 31, 2010

DRUGS FREE YOUTH MALAYSIA'S SKATE ROCK NEW YEAR FESTIVAL 2011

Gambar 1: SKATE ROCK NEW YEAR FESTIVAL bertempat di Skate  Park,seksyen 13 Shah Alam.
Gambar 2: Para Skaters BMX riders sedang asyik menonton gig yang berlangsung selepas penat bermain
Gambar 3: Walaupun gigs hanya berlangsung dalam keadaan serba serdahana, hanya di bawah canopy dan sound system yang cukup makan, tetapi meriah sakan juga.
Gambar 4: NURAS sedang bersiap tuning gitar dan bass sementara menunggu giliran untuk ke atas pentas.
Gambar 5: NURAS menjadi band ketiga terakhir perform...lagi setengah jam untuk menyambut Tahun Baru 2011.Selepas itu disambung oleh band ke-2 terakhir Thy Ragiment seterusnya encore gig Second Combat.
Gambar 6: Mie Mambo walaupun agak letih sedikit, namun tetap memberi persembahan yang sepenuhnya. Crowd juga semakin ramai.
Gambar 7: Tiga lagu dipersembahkan pada malam ini. Adik Mahu jadi gergasi yang santai dan bersahaja. Ini lagu single NURAS 2011,Selamat Petang Gadisku dan Single E.P NURAS 2010, Aku Bukan Don Juan yang mendapat download tinggi di Reverbnation.com.Lagu ini juga dinyanyi bersama peminat NURAS yang memenuhi ruang gig.Siap menyanyi bersama-sama lagi.
Gambar 8: Sham Fly dan kekasih nya Intan berehat keletihan selepas perform. Maklumlah dia sudahlah datang dari jauh, NILAI. Baru habis kerja dah kena perform kat Shah Alam pulak tu.


Nota: Puas dan menggembirakan. Banyak band yang perform bermula dari jam 2.00 petang hingga jam 1.00 pagi. Crowd terdiri dari pelbagai generasi. Paling ramai sudah tentu anak muda.
Setiap band yang perform ada kalangan followers dan fans mereka sendiri yang tak kurang ramainya. Meriah betul. NURAS juga tidak sangka ketika lagu Selamat Petang Gadisku dan Aku Bukan Don Juan dimainkan,ramai juga crowd yang turut sama singalong. Peminat NURAS juga tak kurang ramainya. Ada terkejut dan terharu juga. 

Download single NURAS dari E.P 2010 juga cukup memberangsangkan. Komen yang positif dari pelbagai pihak terutama di Facebook, dan Myspace. Carta www. Reverbnation.com/nuras menunjukkan pencapaian yang baik walaupun baru 2 minggu akaun di buka NURAS memanjat puluhan carta.Terbaru sudah menduduki tangga ke 21 carta tempatan(ketika entry ini ditulis).Terima kasih kepada semua peminat,pendengar dan juga kepada Ein Second Combat,Saiful Y2K dan Drugs Free Youth Malaysia serta kepada semua yang terlibat dalam menjayakan SKATE ROCK.

Para peminat dan pendengar, NURAS akan menyambung misi seterusnya. Single 2011 akan menjengah pasaran. E.P baru juga bakal menjelma dengan tambahan visual video klip d.i.y,produk cenderamata dan macam-macam lagi. Doakan kejayaan kami dan anda adalah sebab NURAS aktif bersemangat kembali.

SELAMAT TAHUN BARU 2011.

Ahad, Disember 26, 2010

TEMASYA ROCK N ROLL PALING PECAH KEPALA DI ABAD INI!!!!

DON'T MISS IT..NURAS AKAN BERAKSI BERSAMA 29 BAND DI KATE PARK, SHAH ALAM. SILA LIHAT BANNER/POSTER UNTUK KETERANGAN LANJUT. ROCK THE NEW YEAR!!!!!

Isnin, Disember 20, 2010

Walaupun sibuk show di sana sini.Mie mambo masih lagi dengan seni lukis nya.

Karikatur masih berjalan seperti biasanya. Kini terbaru di Mid Valley bertempat di Megakidz.Em dekat-dekat krismas ni elok promosi.
Produk art dan kraf tetap berjalan. Memang penat kalau diikutkan. Nuras sekarang sibuk dengan undangan show.E.P Nuras laris hingga terpaksa print lagi. 31 hb di skate park stadium melawati shah alam,tahun baru 2011 nuras akan beraksi bersama Second Combat, Y2K dan ramai lagi.maklumat show sila ke drug free youth malaysia di facebook mereka.

Ida sri yang tersenyum seperti selalu.Ini booth kami di depan Megakidz,Mid Valley.Kami akan berada lagi di sana sempena Krismas tahun ini.

Hensem tak saya. Ini karikatur mr.Logaraj yang dilukis Mie Mambo dengan menggunakan media charcoal.ha selalu Mie Mambo lukis guna pen,marker dan graphic marker. Ini ada charcoal pulak. Terpulang pada permintaan pelanggan.


Seronok bila wajah dikarikaturkan. Inilah antara wajah-wajah ceria dan nervous bila wajah diri mereka menjadi karikatur.
Catatan:
Memang penat kebelakangan ini. Ada saja program,show dan kerja yang semakin bertambah. Alhamdulillah..rezeki keluarga kami nampaknya murah. Syukur kami panjatkan ke hadrat Illahi. 
Seperti yang anda tahu, saya agak sedikit masa rehat ketika ini. band NURAS semakin digemari. Sejak saya membuka akaun di www.reverbnation.com/nuras facebook saya juga aktif kembali. Setiap hari NURAS memanjat tangga carta dengan puluhan anak tangga.Saya memberi kepada peminat dan pendengar dua lagu dipetik dari E.P NURAS secara percuma.Ini peluang yang dibuka sehingga waktu yang tidak lagi ditetapkan. Expose di dalam majalah ROTTW akan menyusul untuk isu Januari 2011.
 
Namun Novel grafik adalah tradisi saya. Novel grafik yang bakal bertemu peminat semua tahun hadapan adalah seperti 'Lili,Lulu,Lala # 3, D.I.N Paranormal (terbitan Ameens kreatif),mira Miracle (terbitan Ameens Kreatif) dan Kasih dan Awang:Naga Tasik Jingga (terbitan Ameens Kreatif)'.Banyak lagi yang bakal diterbitkan. Saya meluang waktu yang banyak untuk melakukan itu,ini,begitu dan begini. tetapi saya gembira kerana apa yang saya minati iaitu bakat seni yang saya kembangkan membuahkan hasil. Peluang terbuka luas di hadapan. terpulang pada kita untuk mahu dan tak mahu.
Aktiviti karikatur,art workshop, art talk dan design diteruskan. Inilah hidup saya-seni lukis,catan,novel grafik,illustrasi,muzik dan design.
 
-Mie Mambo 20/12/2010




Sabtu, Disember 18, 2010

NURAS live acoustic di Reunion DESIRE, 18.12.2010,Onecafe Jalan TAR,KL

gambar 1: Rock betul brader ni dengan ekspresi mukanya. Antara gelagat crowd yang syok bila ada gig.
gambar 2: Crowd yang tak kenal penat melayan halwa telinga setiap band jemputan yang beraksi di pentas
gambar 3: Aksi Mie Mambo (vokalis NURAS) ketika persembahan akustik.Wah..dah botak ye...
gambar4: NURAS yang akustik tapi punky!!!
gambar 5: Band After Life yang sepentas sekali lagi dengan NURAS. Cuma AfterLife dah bertiga sekarang ni. Wah energetik dengan street punk bawaan mereka melalui lagu 'Bob EX5 Kereta'. Lucu kan tajuknya. Tapi best dan hype!!!ada crowd menyanyi sekali lagu ni.
gambar 6: Mie Mambo bergambar bersama Man After Life.
Semalam menyeronokkan walaupun crowd tidak lah seperti yang dijangka. Pentas Reunion DESIRE dikuasai band-band punk rock dan pop punk petang itu. Banyak band beraksi.Ada band yang vokalis diorang macam karektor 'Denise The Menace'. Band ni apa nama saya dah lupa tapi memang best. Gitarisnya berwajah kiut ala-ala Naqiu New Boys tapi boleh solo sambil guling-guling.Siap main deram pulak tu untuk band After Life.Diorang beli CD E.P NURAS. 

NURAS petang tu agak mild. Semua lagu dipersembah secara akustik. Drummer kami terpaksa bertugas ke Vietnam. Namun masih lagi NURAS memberi persembahan yang terbaik. Kami agak dihormati oleh kalangan band-band muda petang itu. SAna-sini panggil 'Abang!'. Em memang benar kami dah berusia dan tua.Kah!Kah!Kah! ingat muda lagi. Gambar yang tersiar hanya ini sahaja kerana NURAS terpaksa bergerak ke destinasi lain petang itu. Pada malamnya jam 8.00 mlm, barulah DESIRE beraksi sebagai encore show. 

Apa-apapun NURAS berterima kasih dengan pihak organizer,One Cafe dan yang penting pihak KARYAWAN kerana sudi menjemput NURAS sebagai artis tamu reunion DESIRE.

Para pelayar,jika anda membuka blog ini,akan kedengaran dua lagu yang menghiasi latar blog ini. Dua lagu tersebut berjudul 'Aku Bukan Don Juan' dan 'Nadai' merupakan singles dari NURAS. 
Anda boleh download secara percuma selagi peluang di buka di

www.reverbnation.com/nuras 
dan di

http://apps.facebook.com/reverbnation_fb/artist/nuras 

Jangan lupa juga untuk request lagu ini di XFM dan vote.Terima Kasih atas support dan kesudian anda.


Ahad, Disember 05, 2010

NURAS LIVE @ ROTTW SOUNDSTAGE 2010 (VIDEO)



Tonton dan dengarkan versi rabak 'selamat petang gadisku' dan 'aku bukan don juan' dari NURAS.Layari www.myspace.com/nurasite

NURAS LIVE @ ROTTW SOUNDSTAGE 2010.INTRODUCING... A BAND CALLED NURAS,KUALA LUMPUR'S BEST PUNK ROCKERS!!!

 Gambar atas: vokalis band BASSILUS SAPROFIT antara yang membeli MAMBO DI KUALE!!! pada hari tersebut (ROTTW SOUNDSTAGE 2010).Thanx dah la main Metal core..supportive lak tu..warghhhhhh!!!!

gambar 2: MC malam tu pun layan beli..thanxx beb..beliau siap promote novel grafik ni atas stage lagi.
 gambar 3: Tommy love dari ROTTW bersama tunangnya turut membeli 'MAMBO DI KUALE!!!'. Makasih tak terhingga..

gambar 4: bassist band 20 sicks orang pertama membeli CD E.P NURAS. Wah supportive betul mamat hardcore nih!!! Makasih datang dari Shah Alam bertemu NURAS. Masa saringan hari itu iaitu pada 28.Nov.2010, beliau antara bassist paling bergaya di atas stage.
 gambar 5: Ida Sri (isteri Mie Mambo) sempat mengambil peluang bergambar bersama Abg. Rom di ROTTW SOUNDSTAGE 2010, 4.12.2010,Muzium telekom.

gambar 6: Ini semasa PARABOLA sedang perform di Soundstage. Wah 'grungy' nyerr band ni. Gitarist dia plak macam pernah nampak je. Vokalis diorang ada style yang best.Bassist kelakar gaban dan drummer yang macho kegilaan aweks semalaya.
 gambar 7: Band  ska/punk/metal dari Gombak, 679 menjadi band jemputan ROTTW SOUNDSTAGE 2010. Gaya best vokalis baru diorang yang macam Amir U.K's. Rindu pulak pada vokalis lama diorang Ijat. Bassist pun dah tukar. 679 happening petang tu. Great muzik!!!

gambar 8: Nuriman Manap (sculptor/graphic designer0 pun ada datang bersama isteri beliau Syuk dan anak Ian.

gambar 9: topi Mie mambo terjatuh lantaran henjutan pogo tahap gaban. Bassist gantian Sick free pertama kali live bersama NURAS. Saiful Meatball M.C la plak. Best..

gambar 10: Booth ROTTW bersama deretan Novel Grafik Mie Mambo.

 gambar 11: NURAS ROTTW SOUNDSTAGE 2010, 4.Dis.2010,Muzium Telekom,Jalan Raja Chulan, K.L.

gambar 12: Ini gamabar semasa saringan. masa ni jam 12 tengahari. NURAS baru sampai di Muzium Telekom.
 gambar 13: Eh..eh siapa ni? Ini Josh vokalist dan gitarist band MADDAME. Diorang jadi guess band masa saringan. GRUNGE gilerrrr...Mie Mambo ada E.P baru diorang.
gambar 14: Lepas perform...NURAS layan semua band yang beraksi.

nuras live @ Rottw to soundstage 2010

Sejarah penubuhan NURAS yang agak panjang dan menempuh pelbagai jalan sukar menjadikan band ini di dalam kondisi yang tidak pernah selesa. Mie Mambo pelukis dan novelis grafik yang sudah menempa nama dalam dunia seni visual dan sastera kreatif Malaysia menyifatkan NURAS sebagai kerja gila. Realiti bermuzik di Malaysia tidak seindah khabar. Kita punyai banyak band-band berpotensi untuk diketengahkan karya mereka, Namun pasaran yang kecil menjadi hakim kepada potensi jualan. Hanya segelintir yang berjaya mencapai apa yang mereka inginkan. Tak keterlaluan juga ramai juga yang menempa nama besar namun pencapaian dari sudut ekonomi tidak sebesar mana. Itu hakikat dunia hiburan. Pembaca juga pasti arif akan situasi begini.

NURAS bermula sebagai wadah untuk Mie Mambo a.k.a Nur Azmi Mokhtar mengorak lagi bakat yang ada pada dirinya. Bukan sekadar pelukis catan aliran 'naive' yang meningkat naik,novelis grafik yang sudah ada kelasnya tersendiri serta illustrator tempatan yang sudah mencapai tahap antarabangsa. Mie Mambo mahu juga bakat penulisan lagu dan muzik nya menyerlah sama. Satu lagi wadah yang efektif dalam mempromosi segala apa yang telah dilakukan oleh karyawan ini. Masyarakat Malaysia masih belum mengenali Mie Mambo secara meluas walaupun beliau dikenali di luar negara terutamanya di eropah dan Iran.Malahan negara Indonesia lebih peka dengan perkembangan industri seni di negara ini.

Mie Mambo mengajak adiknya Asmawi dan menggunakan nama pentas Wie Loco sebagai gitaris dan vokal latar. Wie juga turut menyumbang dalam penulisan serta susunan lagu-lagu NURAS. Hinga dair tahun ke tahun sejak 2006 (awal penubuhan), NURAS berjalan walaupun perlahan di dalam dunia muzikal lokal yang agak keliru perjalanannya. Tahun 2009 NURAS muncul di PWTC sempena Anugerah PEKOMIK 2009 sekaligus menunjukkan bahwasanya band ini masih bernafas.

NURAS pada masa itu hanya dianggotai oleh Mie Mambo (vokal/akustik) , Wie Loco (gitar utama/vokal) dan Papa Cin (drums) nekad menghasilkan E.P pertama NURAS berjudul 'Come To Us...To Us!!! These Songs For Everyone.' E.P yang siap pada 2009 ini bagaimanapun lewat dipasarkan kerana Papa Cin yang agak sibuk dalam komitmennya bermain muzik di kelab-kelab. NURAS menjadi Duo.E.P tetap dipasarkan walaupun lewat iaitu pada Julai 2010.

Kepayahan NURAS dirasai oleh Saiful vokalis/gitaris band Y2K. Sebagai sahabat karib Mie Mambo, Saiful menawar diri untuk membantu NURAS di posisi bass. Beliau juga membantu NURAS mencari pemain drums yang sesuai untuk NURAS. Akhirnya Sham bekas pemain drums band 'Ahmad and The Blumps' menganggotai band ini serta menggunakan nama pentas Sham Fly.Sejak itu, NURAS menjadi satu band dengan formasi lengkap buat pertama kalinya.

NURAS kembali ke pentas dan mula menghantar lagu-lagu mereka ke stesen-stesen radio. Majalah ROTTW menjadi majalah terawal menyiarkan cerita tentang NURAS dengan formasi ini.NURAS menyertai pentas gig sekitar Lembah Kelang.Menyertai Battle of The Band. Antara Battle mereka yang berjaya adalah di Putrajaya pada bulan Oktober 2010 menyaksikan NURAS memenangi tempat ketiga. Juri professional pada masa itu terdiri daripada ROM dari ROTTW , Mohd Nor Hendrix,Bob dan pemenang pemain deram terbaik Rentak Juara yang lalu berjaya ditawan NURAS dengan persembahan bertenaga mereka. Lagu-lagu yang 'cacthy', 'simple', tidak keras dan 'fun' menjadikan NURAS band paling menonjol di Battle of The Band Putrajaya 2010.

Semangat ini diteruskan dengan NURAS menyertai ROTTW Road To Soundstage 2010 baru-baru ini di Muzium Telekom. Battle terbesar bagi sirkut bebas ini menjadi platform seterusnya yang menonjolkan nama NURAS sekaligus karier teraju utamanya Mie Mambo. NURAS antara yang terpilih sebagai finalis ROTTW Soundstage 2010. bayangkan lebih 50 band bertanding dan datang dari pelbagai ceruk dan rantau dari seluruh negara hanya 12 yang terbaik dipilih untuk final. NURAS antara 12 band terpilih itu. Walaupun tidak menjadi top 3, namun NURAS semakin dipandang sebagai sebuah band yang tegar dengan formula Punk rock/folk mereka. Juri-juri mengatakan NURAS adalah band yang meriah. ROM ketua juri Soundstage sempat berpesan kepada anggota NURAs selepas pemenang-pemenang utama diumumkan, "Stay Fun..jangan ubah apa-apa identiti NURAS. Soundstage 2010 adalah introduksi terbaik bagi semua peminat muzik bebas mengenali NURAS.Jangan fikir pemenang-pemenang malam ini. Kalian ada level tersendiri dan market yang besar."

Kini NURAS giat mempromosi karya-karya mereka. NURAS tanpa berlengah memasuki studio lagi merakam demo lagu-lagu baru yang akan dimuatkan ke dalam album mereka tahun 2011. Tiada apa yang boleh dilafazkan lagi oleh Mie Mambo hanya, kegembiraan. NURAS yang dilihat khalayak sejak kebelakangan ini baginya adalah NURAS yang sebenarnya. Inilah NURAS yang diinginkan selama ini. Penuh 'Fun','energetik','humor' dan menghiburkan pada sesiapa sahaj yang melihat mereka.

Line Up NURAS:

Mie mambo (vokal/gitar akustik)
Wie Loco (Gitar utama/vokal)
Saiful Meatball (bass/vokal)
Sham Fly (drums)