MINta Maaf kepada pengunjung blog yang baru. kebelakangan ini ada seorang atau dua atau lebih hamba Allah yang menggunakan ruangan shoutbox sebagai ruang onar. Nama saya diguna sewenangnya oleh (saya tidak tahu siapa mereka) orang-orang yang mungkin ada sedikit jiwa kacau. Nama Nur Azmi digunakan dengan menulis massage berunsur lucah dan seperti kelihatan saya menulisnya. Perkara ini tidak berlaku. saya sendiri tidak pasti mengapakah sabotaj seprti ini berlaku. kepada penyamar yang menyamar saya rasakan elok berhenti dari melakukan perbuatan ini. saya meminta ribuan maaf jika sebelum ini saya terkasar bahasa dan tercabul kata. mungkin saudara/saudari pernah bertemu saya. isu yang ditulis diruang shoutbox benar memalukan dan bisa menjatuhkan saya dan karier saya. jaganlah diulang lagi kepada yang berkenaan. menjatuhkan seseorang akan memakan dirinya sendiri kelak. permainan bahaya seperti ini jangan diamalkan. mungkin niatnya ingin bergurau atau mengusik. Tetapi lama-kelamaan menjadi barah. Saya sebagai tuan punya blog menyarankan kepada terbabit agar berhenti dan insaf. Pembaca blog lain harap maklum akan perkara ini. Jika anda berkarier (kepada penyamar0 saya doakan kebahagian anda dan harap tidak suatu hari nanti ada orang lain yang akan melakukan perkara yang sama sepertimana yang awak telah lakukan kepada saya. memang terjejas sedikit nama saya, kerana ada yang bertanya apakah kandungan di shoutbox berkenaan benar ditulis oleh saya? Saya terkejut dan menelitinya. Perkara yang ditulis benar bukan ditaip oleh saya. Seperti yang dikatakan tadi, mereka adalah penyamar yang tidak diketahui sebab musababnya.