Jumlah Paparan Halaman

Selasa, Januari 29, 2008

Mari Menyerikan Dunia Art anda.





































inilah Abby..cantek kan??






Sebentar tadi Abby bertandang ke rumah saya yang tinggal bersendirian. Abby datang bersama sahabat dalam dunia kartun bernama 'Topek'.Asal Perak jugak. malam ni kitorang sembang panjang gak. MAklumlah orang kampung,jumpa orang kampung. lama tak jumpa jugak dengan Abby. wah makin bergaya ala-ala 'vouge' gitu.
Paling tak dilupa Abby beli painting saya yang menampilkan subjek 'tapir'. beli hanya lukis atas 'board' aje. Dan demo NURAs versi RE-PACKED juga disambar satu. Abby kata dia minta musik. NURAS jadi halwa telinganya sekarang.
Abby yang asalnya dari Batu Gajah,Perak,seorang pelukis lady yang memang natural abis gaya 'naive' nya. pelukis yang berpusat di Bukit Antarabangsa,Kl ni sesangat la minat dan menyintai children seantero dunya. Abby dengan gaya 'naive' dalam karya paintingnya menyifatkan karyanya ke arah 'abstrak-naive'. simbol-simbol mewakili setiap karya paintingnya. Ada juga kelihatan agak 'dull' dan tidak mature. tetapi itulah seni 'naive'. abby antara yang indie dalam kerja-kerjanya sebagai pelukis sepenuh masa. bukan sahaja melukis, malahan mengajar dan macam-macam lagi. Maklumat lanjut layari http://www.karyagemilang07.blogspot.com/

Ahad, Januari 27, 2008

NURAS dengan Produksi LAtest Diorang!!



















Demo (repacked version)
tajuk: SONGS FROM THE RIVER BANKS
artis: NURAS
Penerbit: NUR AZMI & ASMAWI
Penerbit bersama: CIN
Studio rakaman: DHABOOKA STUDIO
Tahun rakaman: 2007
Adunan semula: 2008
Komposer: ASMAWI & NUR AZMI
Harga: RM6
konsep:FOLK/ALTERNATIVE



NURAS yang semakin menempa nama dalam scene muzik Indie di MAlaysia kini dah rilis dengan demo versi repacked mereka. Demo yang diberi tajuk 'SONGS FROM THE RIVER BANKS' merupakan lagu-lagu demo yang telah di RE-MIXING oleh NUR AZMI sendiri. NURAS juga akan muncul di layar tv tidak lama lagi melalui drama bersiri yang tajuknya dirahsiakan buat masa ni. Dengar cerita drama tu karya NUR AZMI jugak.NURAS akan berada sepenuhnya di bawah naungan NuARTS MUSIC kepunyaan NUR AZMI sendiri jugak. Kerjasama dalam memasarkan material NURAS akan melibatkan ABONATION PRODUCTIONS.Album kompilasi dari NURAS juga akan menyusul di mana menggabungkan kumpulan music/artis d.i.y KL/MAlaysia dalam sebuah kompilasi berjudul RAW is RARE. Antara yang bakal terlibat adalah Street Horn Syndicates,The Abonation,Dewangga Sakti, Sleepless Society dan ramai lagi. Nantikan kemunculannya.
layari www.myspace.com/nurasite

NURAS beraksi di Rumah Pena, 2.Februari 2008!!


Ya. Band post-punk (paduan punk rock/pop/folk dan sedikit ska) dari Kuala Lumpur akan mewarnai malam MASKARA 6 di Rumah pena, Kuala Lumpur. Semua informasi boleh dirujuk pada gambarajah yang disediakan. 2 Februari 2008, debut NURAS dengan anggota baru mereka. NURAS masih lagi dinaungi Nur Azmi(vokal/gitar), Asmawi (vokal/gitar) dengan anggota baru Nurie (gitar) dan Redwan (drums). Semua yang mengenali Nurie pasti mengingati era komik indie, "UMBRA" dan karya-karyanya bersama PTS. Kini Nurie menganggotai NURAS sebagai gitaris tetap. Demo pertama NURAS versi repacked turut dijual. dengan harga best 'RM6'. Produk limited ini merupakan pre-production yang bakal menjadi E.P penuh dibawah naungan NuARTS MUSIC milik Nur Azmi sendiri dan diedar oleh ABONATION PRODUCTIONS. Dengar cerita Nur Azmi sudah berjinak-jinak pula dengan lapangan Produksi seperti drama tv dan dokumentari.






















(poster MASKARA 6)
* Sila Klik gambar untuk saiz besar.
*ehsan sindiket sol-jah.blogspot.com
untuk ke Rumah Pena,sila rujuk peta di atas.
makluman lanjut www.sindiketsol-jah.blogspot.com