Amacam? kurus dan slim tak saya masa ni? Tahun 2005 semasa saya melawat ke Muzium Arkeologi Kota Tampan Perak. Masa ni saya hanya menjadi kartunis part-time dengan Gila-Gila dan menulis secara bebas dengan tunas Cipta dan majalah Dewan bahasa dan Pustaka. Saya sebenarnya lebih dikenali dalam arena Seni catan. sememangnya pada masa ini saya menyara kehidupan serba sederhana saya dengan jualan catan saya yang sentiasa ada permintaan!!
Guru penulisan puisi saya, Dr. Siti Zainon Ismail saya memanggilnya dengan panggilan bonda dan hingga kini masih mesra( gambar ini dirakam pada tahun 2004). Amacam kurus tak saya? Saya memang dikenali dengan banyak berguru dengan pelbagai tokoh. dari kecil lagi sejak di Pasar budaya, Kuala Lumpur berguru dengan Dino @ Khairuddin Mustapha, Shamsudin mohammad, Aris Aziz dan Azmi Hassan. Kemudian bertemu pula Rejabhad. Saya kemudiannya dalam tahun-tahun membesar bertemu dan berguru pula dengan Yusof 'Gajah', guru yang paling banyak berjasa dan dihormati. Siti Zainon dan Hj. Yusof Ahmad seorang pereka kraf tempurung terkenal di Malaysia. Guru seni saya yang terawal adalah bapa saya sendiri, Mohd Mokhtar a.k.a Mohd Mohter Abdul Kadir. Bapa saya yang saya panggil 'babah' merupakan seorang pelukis berbakat juga mengarang puisi sebagai hobi. beliau banyak mengajar saya cara-cara melukis. ibu saya Zaleha Kasah juga seorang yang berbakat melukis. ibu saya yang saya panggil 'mama' juga pernah menulis cerpen dan puisi untuk majalah dan suratkhabar pada tahun 70-an.
Dua karya yang berjudul 'Sleepy Day' tahun 2005