Masih ada lagi suasana indah seperi di desa. di tengah bandaraya metropolitan ini saya bersua dengan senario yang paling menggembirakan saya. bau air paya yang menyentuh kenangan sepertimana hidup saya di desa suatu masa lalu.di pinggir Kuala lumpur, kampung puah bahagia, sentul benar-benar menggamit perasaan saya. tetapi senario ini hanya bertahan dalam tempoh yang tidak pasti lagi. tidak lama selepas ini semua rumah yang indah tersergam di kampung ini dan juga paya ini akan hilang. hilag kerana pembangunan. penduduk di sini juga sudah bersedia untuk berpindah tempat tinggal dan separuh daripadanya sudahpun berpindah. Landasan komuter ktm masih dalam pembinaan yang menghubungkan ipoh hingga ke seremban.
kenangan bersama abang ein yang kelakar dan peramah. baik hati sungguh abang ein yang semasa berkunjung ke gerai laksanya beberapa hari lalu di taman dato' senu, sentul. sudahlah diberikan saya makan laksa talangnya semangkuk bersama tunang saya ida sri, bila saya membeli dua bungkus laksanya, di beri lagi diskaun. Nak makan laksa talang abang ein, boleh lah berkunjung ke taman dato' senu, sentul. setiap selasa malam rabu. best....