Jumlah Paparan Halaman

Khamis, Mac 28, 2013

Mie Mambo bersama Nadi-Ayu Technologies...28/3/2013










Nadi-Ayu Technologies Sdn Bhd menjemput Mie Mambo berkongsi bersama anak-anak tentang pembinaan watak, cerita dan latar belakang untuk komik dan animasi. Dibantu bahagian teknikal oleh para animator Nadi-Ayu sendiri, Mie Mambo menterjemahkan secara mudah bagaimana para peserta yang terdiri dari anak-anak sekolah rendah dapat membina cerita, watak dan latar belakang karya mereka. Menarik di sini di mana para peserta begitu bersungguh menghasilkan karya sendiri. Ada yang pantas membina karektor yang menarik sebelum sesi pembinaan karektor bermula.

Proses Mudah menghasilkan komik serta animasi sendiri:

1. Komik

a. Pembinaan Cerita- Watak,Latar belakang
b. Watak- Pembinaan kreativiti

2. Animasi 

a. Pembinaan Cerita- Watak, latar belakang dan papan cerita
b. Watak-Pembinaan kreativiti secara manual dan digital

Ahad, Mac 24, 2013

ILLUSTRASI MANUAL DAN DIGITAL..MANA-MANA PUN BOLEH

 KELUARGA AKILA- Artis: Ida Sri Sulo Tahun: 2013 Media: Akrilik di atas kanvas
DI HATIKU- Artis: Ida Sri Sulo Tahun: 2013 media: Akrilik di atas board
 LAKI BINI- Artis: Mie Mambo Tahun: 2008 media: akrilik di atas kertas
 BUDAK-BUDAK MEMANAH IKAN- Artis: Mie Mambo Tahun: 2008 media: Akrilik di atas kertas
 LAKI BINI 3- Artis: Mie Mambo Tahun: 2008 Media: Akrilik di atas kertas
 CILI MERAH lwn CILI HIJAU- Artis: Mie Mambo Tahun: 2012 Media: digital art
 PAPA TOMATO- Artis: Mie Mambo Tahun: 2012 media: digital art
 MY SPACE MISSION (Ilustrasi dario buku kanak-kanak) Artis: Mie Mambo Tahun: 2010 Media: media campuran di atas kanvas
PENGEMBARAAN AKILA (kulit hadapan) Artis: Ida Sri Sulo Warna digital: Mie Mambo Tahun: 2012
 TAPIRUL @ ANGKASA (kulit hadapan) Artis: Mie Mambo Tahun : 2013 Media: digital
 MANDI MANDA- Artis: Mie Mambo Tahun: 2010 Media: Akrilik di atas board
 TERUNG INGGERIS- Artis: Mie Mambo Tahun: 2013 Media: digital
 BUSU (petikan ilustrasi buku-BUSU) Artis: Ida Sri Sulo Tahun: 2013 media: Akrilik di atas kertas
 TAPIR DENGAN KOTAK ABJAD (petikan karya dari buku) Artis: Mie Mambo Tahun: 2012 Media: Cat air
 NURAS (kulit album) Artis: Mie Mambo Tahun: 2011 media: digital
 TAPIR MUST BE A HERO- Artis: Mie Mambo Tahun: 2013 Media: Media campuran
NAMA BERITA TAPIR?- Artis: Mie Mambo Tahun: 2013 media: media Campuran

Berminat untuk sebarang tempahan karya :

1. Catan pelbagai media
2. Illustrasi pelbagai media
3. Mural
4. Rekaan grafik
5. Rekaan Kulit buku
6. Grafik/lay out buku

Hubungi- 

017-3601689 (Mie Mambo)
017-2069190 (Ida Sri Sulo)

03-61853189 (Pejabat Riverkids Studio Enterprise)

E-mail:

riverkidsstudio@yahoo.com 

RIADAH DI KOTA RAYA...TERASA BOSAN KAMI BERSANTAI KE ZOO...




 Alamak Kak Gee....Jinjangnya  awak...
 Harapkan Pegar,Pegar Makan Padi- Ayam Pegar
 Oh..suasana..Tropika..
 Burung Botak memang skinheads..
 Badak sumbu putih....saya tak suka minum air badak pasal saya tak dapat royalti-kata beliau
 Di mana Tapiruil?
 Akak...saya nak berkenalan boleh?
 Mana nak lepak ni? Dubuk Jalur
 Rahsia Panjang umur? Oh...nanti saya tulis dalam blog saya ya... Kura-Kura gergasi
 Assalamualaikum....Awang kenit ada di rumah?
 Wah..saya difotokan- Kancil
 Hehehehe..ada orang kata saya nenek moyang manusia...betul juga..pasal manusia ada tangan panjang
 Potret Kancil..
 Nak makan kejap.
 Mama, Ayah lepas ni kita pergi Zoo Melaka, Zoo Taiping dan lain-lain lagi ya.
 Dah bongkok aku...tua dah ni. Arapaima
Hello Bos!!!  Bos Gaur (seladang) sekeluarga.

Sabtu, Mac 23, 2013

JUALAN BUKU BERGERAK PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA 23.3.2013

Jualan Buku Bergerak Terlaksana anjuran Perbadanan Kota Buku di Perpustakaan Negara bermula jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Terima Kasih kepada Perbadanan Kota Buku di atas inisiatif dan peluang ini. Walaupun kami berbasah lantaran hujan lebat yang turun pada jam 4.00 petang namun perjalanan acara berjalan dengan aman sekali. Saya tidak sempat melihat-lihat sekitar. Saya juga tidak sempat membeli beberapa naskah buku-buku di gerai-gerai Dewan Bahasa dan Pustaka. Ditemani isteri saya yang setia Ida Sri Sulo dan Firdaus Husain @ Tuyuk, kami bersantai sambil bersembang dan menjalankan promosi masing-masing. Terima Kasih kepada Tuyuk, Jazlan Julie Goes Oversea (kerana meminjamkan gitar akustiknya kepada saya..maklumlah lama tak main muzik secara langsung, gian pula) dan Bryan Adam Ahmad bersama baju T 'Osman Tikus' nya.

 Tak kira di manapun Mie Mambo pasti war-warkan hasil karyanya...Kereta Produa Viva Mie Mambo yang turut bersama menjadi ruang niaga.
 Mie Mambo bekarya...
 Pelukis Lah mendapatkan naskah Siri Mambo: Puisi Cinta Dari Virginia karya Mie Mambo.
 Gerai Car Booth Mie Mambo yang comel...
 Main gitar akustik sambil tu Tuyuk melakar sesuatu...
 Antara para peniaga yang terlibat..
 Ida Sri Sulo bergambar ketika Julie Goes Oversea mengadakan persembahan akustik mereka.
 Paeh bersama jualannya..
 Jazlan Julie Goes Oversea gembira setelah wajahnya dikarikaturkan oleh Tuyuk.
Tuyuk membelek karya-karya Mie Mambo.